Friday, December 26, 2008

Manifesto Seorang Hacker

Ini adalah sebuah Manifesto seorang Hacker yang menggelar dirinya "The Mentor". Manifesto ini ditulis pada 8 Januari 1986.

Sebenarnya Manifesto ini sangat panjang untuk di terjemahkan. Namun disini saya ingin menterjemahkan sebahagiannya saja antara yang menarik dan menjadi inti pati dari jiwa seorang Hacker.

The Mentor
January 8, 1986

Inilah dunia kami sekarang...
Dunia dari elektron dan switch, serta keindahan sebuah "baud". Kami menggunakan perkhidmatan yang ada tampa membayar, kerana ia seharusnya sangat murah dan itu kerana ia dikuasai oleh orang-orang yang tamak, lalu anda mengatakan kami penjenayah...

Kami menjelajah, anda katakan kami penjenayah...
Kami mencari ilmu pengetahuan, anda katakan kami penjenayah...
Kami ada tampa warna kulit, tampa perkauman, tampa berbezaan agama, lalu anda katakan kami penjenayah...

Anda membuat bom atom, anda berperang, anda membunuh, anda menaburkan kebohongan dan berusaha membuat kami percayakannya bahawa "itu untuk kebaikkan kami", namun anda masih katakan kami penjenayah...

Ya, saya seorang penjenayah!
Kejahatan saya adalah rasa ingin tahu...
Kejahatan saya adalah mampu menilai orang lain dengan apa yang mereka katakan dan mereka fikirkan, namun tidak seperti apa yang mereka lihat...
Kejahatan saya adalah kerana lebih genius dari anda dan itu sesuatu yang tidak akan pernah anda maafkan...

Saya seorang Hacker! Inilah Manifesto saya. Anda mungkin mampu menghentikan saya sebagai individu. Tapi anda tidak akan mungkin menghentikan kami semua... Ya, Kami semua!

Siapa The Mentor ini? cuba gunakan pakcik Google!



Related Posts by Categories


1 comments:

Anonymous,  December 28, 2008 at 3:40 AM  

Sebuah kata-kata yang penuh makna... banyak orang yang menyalahkan hacker. Apa itu difinisi hacker, masih ramai yang belum tahu... yang jahat tu Cracker!

Hacker = Mencari kelemahan untuk diperbaiki!

Cracker = Mencari kelemahan untuk di manfaati!

Post a Comment

Recent Posts

Recent Comments

  © 2008 - 2009 SyaLog A Blogs Publisher. Template by Ourblogtemplates. Hosted by Blogger

Back to TOP